Karier kelab Alexandre Pato

Internacional

Pato memulakan kariernya bersama Internacional di Porto Alegre, di mana beliau bermain untuk kedua-dua pasukan belia dan senior sekitar 2001 dan 2007. Dalam penampilan sulungnya bersama skuad senior, di usia 17 tahun, Pato membantu Internacional untuk menang 4-1 ke atas Palmeiras pada 26 November, 2006. Beliau membantu mencipta tiga daripada gol tersebut dan menjaringkan satu lagi.

Pato menjaringkan gol kedua Internacional dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2006 pada 13 December menentang Al-Ahly Cairo, dan membantu pasukan untuk menang 2–1 dan mara ke final. Dengan gol ini, Pato telah mengatasi rekod Pelé sebagai penjaring termuda dalam kejohanan rasmi FIFA (17 tahun dan 102 hari, berbanding rekod Pelé 17 tahun dan 239 hari pada Piala Dunia FIFA 1958 FIFA menentang Wales). Beliau telah digantikan dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut, sebelum rakan sepasukan Adriano Gabiru menjaringkan gol kemenangan, yang membolehkan Internacional menjadi juara.

Pato kemudiannya dikaitkan dengan beberapa kelab ternama termasuklah Benfica,[3] Juventus, Inter,[4] Chelsea[5] dan Arsenal.[6]

A.C. Milan

Juara Eropah A.C. Milan dengan rasminya telah mengesahkan pengambilan Pato pada 2 Ogos, 2007.[7] Beliau telah menyatakan sebelum itu bahawa Ronaldo dan Kaká adalah idolanya. Bayaran perpindahan telah menepati klausa bayaran minimum dalam kontrak Pato dengan SC Internacional iaitu €22 juta.

Disebabkan peraturan bola sepak Itali mengenai pemain bawah umur bukan EU, Pato tidak dapat diturunkan dalam permainan rasmi bersama Milan sehinggalah 3 Januari, 2008, apabila tingkap perpindahan Itali dan pendaftaran dibuka semula.[8] Walaubagaimanapun, AC Milan dibenarkan untuk menurunkan pemain tersebut dalam perlawanan persahabatan dan latihan bermula 3 September, 2007, sehari selepas ulang tahunnya yang ke-18. Pato membuat kemunculan sulungya dalam perlawanan persahabatan yang berakhir seri 2–2 menentang Dynamo Kiev pada 7 September, 2007 dan telah menjaringkan satu gol menerusi tandukan. Pada 4 Januari, 2008, perpindahan Pato ke Milan menjadi rasmi.[9]

Pato menjaringkan gol pertamanya untuk Milan dalam kemunculan sulungnya di Serie A menentang S.S.C. Napoli dalam kemenangan 5–2 di tempat sendiri pada 13 Januari, 2008. Beliau juga menjaringkan dua gol untuk Milan dalam kemenangan 2–0 ke atas Genoa C.F.C. di San Siro pada 27 January, 2008.

Rujukan

WikiPedia: Alexandre Pato http://www2.uol.com.br/cbf/sitenoticias/_769718572... http://www.academia-de-talentos.com/posts/alexandr... http://www.acmilan.com/NewsDetail.aspx?idNews=5928... http://www.acmilan.com/NewsDetail_popup.aspx?idNew... http://www.channel4.com/sport/football_italia/jan2... http://www.footballdatabase.com/index.php?page=pla... http://globoesporte.globo.com/ESP/Noticia/Arquivo/... http://www.patohome.com/ http://www.recontragolazo.com/?p=95 http://www.uefa.com/competitions/ucl/news/kind=1/n...